Saturday 17 September 2011

Sedekah :)


Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam. 

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN 

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) 

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK 
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani ) 

MENOLAK BALA BENCANA 
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi ) 

SELAGI PELUANG MASIH ADA… 
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

SENYUM pon sedekah!! So,, senyum banyak2. :) Smile to the world, and the whole world will smile back to u. Don't it nice?

Eid Blue Rio !

candid! :)

kat rumah tok caq :)

uhibbukum fillah.. :")
Bahagia hingga ke Syurga
InsyaALLAH


Friday 16 September 2011

hidup nafsi-nafsi ?

Berapa kalikah kita harus di ingatkan kemudian barulah kita beringat? Berapa banyakkah dosa yang kita akan lakukan sebelum kita bertaubat? Tidakkah kita takut akan azab seksa api neraka yang Allah janjikan di akhirat kelak? Manusia seharusnya takut dan menginsafi atas dosa-dosa yang mereka lakukan. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan atas setiap kesilapan yang dilakukan. Namun kenapakah kita tak pernah sedar akan semua ini. Sungguh apabila di akhirat kelak, tiada yang mampu menolong kita. Tiada yang mampu meringankan seksa atas dosa yang kita lakukan.
“Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.”
(QS35:18)
Atas sebab inilah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain. Berpesan-pesan sesama keluarga, sahabat, jiran tetangga dan sesama islam untuk sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(QS51:55)
Peringatan yang kita beri kepada sahabat-sahabat tidak mungkin akan di terima dalam sehari dua. Janganlah sedikit pun kita rasa jemu. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mampu beri petunjuk kepada orang yang dikasihinya kerana Allah lah sesungguhnya yang mampu memberi petunjuk dan hidayah kepada orang yang dikehendaki.
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam)”
(QS28:56)
Menjadi tanggungjawab kita juga untuk membantu sahabat-sahabat melakukan perkara-perkara kebaikan, berbuat amal dan menjauhi kemungkaran. Sedarkah kita kerapkali kita lebih membantu sahabat-sahabat dalam berbuat kemungkaran. Mungkin sedikit dan tanpa kita sedari langsung. Tapi ini realitinya.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(QS5:2)

Ingin ana bawa satu kisah yg menggerakkan hati ana untuk share tazkirah ni..
**
Pada satu pagi subuh, ana terjga sblum azan lagi, n trus bersihkan dri n g msuk masjid.. yg laen smua tdor lagi, dlam masjid cuma ada 3,4 org sahaja.. n azan subuh dilaungkan.. bilangan masih tdak bertambah.. tunggu lama slpas tu, ada senior dduk sblah ana ni dia tgur :
' Yang lain mana?'
"tidor lagi lah tu.."
'la! knap nta xkjut? klau nta bgn awal, tl0ng la kjut org lain... bla org lain pla bgn awal, deorang kjut nta pla.. jgn la hidup nafsi-nafsi.. klau cm tu nta solat la subuh sorang2..'

Mmg tersentak... n trus kluar masjid n kjut yg lain, satu blok ana kjutkan..
so? Lpas ni, jgn hidup nafsi-nafsi lagi!! "Addinu nasihah" :)



Thursday 15 September 2011

S.A.H.A.B.A.T


Apakah itu persahabatan? 

Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
·                     kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
·                     simpati dan empati.
·                     kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
·                     saling pengertian.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? 

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·                     Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·                     Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·                     Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·                     Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·                     Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·                     Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·                     Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·                     Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·                     Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·                     Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·                     Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·                     Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·                     Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·                     Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Ana amat mengharapkan supaya ana dapat seorang sahabat yg dpat sama2 bimbing satu sama lain... xpi itulah, khilaf ana.. memilih sahabat.:( tapi adakah salah jika ana menjauhi dia kerana ketidakselesaan? Ya ALLAH, mungkin bel0m sampai masanya lagi untuk ana memahami erti sebuah persahabatan.. :”)

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar... dah dapat sepak...
2) kawan tu bkn mcm main SKATE .
Mula-mula gosok... lepas tu pijak... 
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap... dah dapat tendang...
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS .
dah pakai,buang... .
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai... Dah sengkek gadai...
6) kawan tu bkn mcm PELANGI .
Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...
7) kawan tu bkn mcm KERETA .
Rosak skit,jual. ..ambik kereta baru... 
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE .
kejap ade kejap takde... 
9) kawan tu bkn mcm BANK .
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik...

Sunday 4 September 2011

alasan kawan?!

chatting dgn awek, xboley.. dosa...
jdi awek tu da ditukaq kepada 'kawan'
atas nama kawan, xpa.... xkesah...
kenapa jadi mcm nih??
MJ pernah chatting kosong dgn kawan mana entah(bukan muhrim la)..
pastu ada 'sahabat' nampak.. n then dia tnya,"chat dgn sapa tuh?"
"oh nih, kawan aq.."
"awat? ingat atas nama kawan halai kowt?"
tersedak MJ disitu...
xkiralah kawan ka, lwan ka, BF ka,GF ka.. HARAM ikhtilat(pergaulan bebas)...
cakap ukhuwah fillah.. ALLAH suka ka klau kita berada di situasi atas tadi?
mesti x!
jadi, kalau nk cari ukhuwah fillah,,. cari yang ALLAH redha.. :)
Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
Be a best friend before u find a best friend :)