Sunday 6 November 2011

bersyukurlah :)

Diri saya tidak sempurna, saya sedar itu. Menilai diri dan membandingkan dengan insan lain, memang jauh dari kesempurnaan. Mengenang diri yang kerdil dan hina, begitu banyak dosa lalu pada Dia, dengan iman yang masih goyah, dengan ilmu dan amal yang tak sampai setitis air lautan, saya sangat-sangat rendah, Allah!! Saya sangat-sangat hina! Rasa macam dosa sebesar gunung, kemudian gunung tu akan menghempap saya semula!

Saya tak sempurna! Saya kurang sempurna! Saya jauh dari kesempurnaan!

Tapi...saya tidak sendiri... Semua makhlukNya dilahirkan tidak sempurna dengan segala sifat yang indah-indah... Kenapa begitu? Kenapa tidak Dia sempurnakan saja kejadian kita? Biar kita sudah cukup baik dari kecil lagi, tak perlu mencari jalan untuk mencapai kesempurnaan! Pernahkah kamu-kamu tertanya-tanya tentang ini? 

Ketahuilah, sebenarnya Allah jadikan kita tak cukup sempurna sebab Dia nak anugerahkan kita insan yang akan melengkapi kesempurnaan tu. Sempurna itu saling melengkapi... Sahabat-sahabat kita, ibu bapa, adik-beradik kita, suami atau isteri kita, mereka adalah pelengkap kesempurnaan kita sebenarnya... Syukurilah nikmat itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang mana baik untuk kita.

Carilah kesempurnaan sambil menjadi sempurna..


*Kekadang kita asyik tertanya-tanya, knap tuhan bagi dia lebih, aku kurang... merasakan diri serba kekurangan. Yang menjadikan diri ingin lebih, lebih dan lebih.. tidak pernah rasa syukur dengan apa yg telah ALLAH beri...

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah s.w.t. kepada kamu."
~ingatlah~

Tuesday 25 October 2011

bersawang da blog nih!

assalamualaikum.. :) salam ukhuwah!
 mmg bnar, tanggungjwab lbih bnyak dari masa yg kita ada..
bnyak sgt kerja nk dibuat, smpai xsmpat nk update!
tp entah FB boley plak?! HAHA

Saturday 17 September 2011

Sedekah :)


Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam. 

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN 

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) 

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK 
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani ) 

MENOLAK BALA BENCANA 
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi ) 

SELAGI PELUANG MASIH ADA… 
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

SENYUM pon sedekah!! So,, senyum banyak2. :) Smile to the world, and the whole world will smile back to u. Don't it nice?

Eid Blue Rio !

candid! :)

kat rumah tok caq :)

uhibbukum fillah.. :")
Bahagia hingga ke Syurga
InsyaALLAH


Friday 16 September 2011

hidup nafsi-nafsi ?

Berapa kalikah kita harus di ingatkan kemudian barulah kita beringat? Berapa banyakkah dosa yang kita akan lakukan sebelum kita bertaubat? Tidakkah kita takut akan azab seksa api neraka yang Allah janjikan di akhirat kelak? Manusia seharusnya takut dan menginsafi atas dosa-dosa yang mereka lakukan. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan atas setiap kesilapan yang dilakukan. Namun kenapakah kita tak pernah sedar akan semua ini. Sungguh apabila di akhirat kelak, tiada yang mampu menolong kita. Tiada yang mampu meringankan seksa atas dosa yang kita lakukan.
“Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.”
(QS35:18)
Atas sebab inilah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain. Berpesan-pesan sesama keluarga, sahabat, jiran tetangga dan sesama islam untuk sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(QS51:55)
Peringatan yang kita beri kepada sahabat-sahabat tidak mungkin akan di terima dalam sehari dua. Janganlah sedikit pun kita rasa jemu. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mampu beri petunjuk kepada orang yang dikasihinya kerana Allah lah sesungguhnya yang mampu memberi petunjuk dan hidayah kepada orang yang dikehendaki.
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam)”
(QS28:56)
Menjadi tanggungjawab kita juga untuk membantu sahabat-sahabat melakukan perkara-perkara kebaikan, berbuat amal dan menjauhi kemungkaran. Sedarkah kita kerapkali kita lebih membantu sahabat-sahabat dalam berbuat kemungkaran. Mungkin sedikit dan tanpa kita sedari langsung. Tapi ini realitinya.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(QS5:2)

Ingin ana bawa satu kisah yg menggerakkan hati ana untuk share tazkirah ni..
**
Pada satu pagi subuh, ana terjga sblum azan lagi, n trus bersihkan dri n g msuk masjid.. yg laen smua tdor lagi, dlam masjid cuma ada 3,4 org sahaja.. n azan subuh dilaungkan.. bilangan masih tdak bertambah.. tunggu lama slpas tu, ada senior dduk sblah ana ni dia tgur :
' Yang lain mana?'
"tidor lagi lah tu.."
'la! knap nta xkjut? klau nta bgn awal, tl0ng la kjut org lain... bla org lain pla bgn awal, deorang kjut nta pla.. jgn la hidup nafsi-nafsi.. klau cm tu nta solat la subuh sorang2..'

Mmg tersentak... n trus kluar masjid n kjut yg lain, satu blok ana kjutkan..
so? Lpas ni, jgn hidup nafsi-nafsi lagi!! "Addinu nasihah" :)



Thursday 15 September 2011

S.A.H.A.B.A.T


Apakah itu persahabatan? 

Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
·                     kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
·                     simpati dan empati.
·                     kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
·                     saling pengertian.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? 

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·                     Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·                     Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·                     Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·                     Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·                     Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·                     Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·                     Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·                     Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·                     Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·                     Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·                     Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·                     Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·                     Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·                     Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Ana amat mengharapkan supaya ana dapat seorang sahabat yg dpat sama2 bimbing satu sama lain... xpi itulah, khilaf ana.. memilih sahabat.:( tapi adakah salah jika ana menjauhi dia kerana ketidakselesaan? Ya ALLAH, mungkin bel0m sampai masanya lagi untuk ana memahami erti sebuah persahabatan.. :”)

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar... dah dapat sepak...
2) kawan tu bkn mcm main SKATE .
Mula-mula gosok... lepas tu pijak... 
3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap... dah dapat tendang...
4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS .
dah pakai,buang... .
5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai... Dah sengkek gadai...
6) kawan tu bkn mcm PELANGI .
Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...
7) kawan tu bkn mcm KERETA .
Rosak skit,jual. ..ambik kereta baru... 
8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE .
kejap ade kejap takde... 
9) kawan tu bkn mcm BANK .
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik...

Sunday 4 September 2011

alasan kawan?!

chatting dgn awek, xboley.. dosa...
jdi awek tu da ditukaq kepada 'kawan'
atas nama kawan, xpa.... xkesah...
kenapa jadi mcm nih??
MJ pernah chatting kosong dgn kawan mana entah(bukan muhrim la)..
pastu ada 'sahabat' nampak.. n then dia tnya,"chat dgn sapa tuh?"
"oh nih, kawan aq.."
"awat? ingat atas nama kawan halai kowt?"
tersedak MJ disitu...
xkiralah kawan ka, lwan ka, BF ka,GF ka.. HARAM ikhtilat(pergaulan bebas)...
cakap ukhuwah fillah.. ALLAH suka ka klau kita berada di situasi atas tadi?
mesti x!
jadi, kalau nk cari ukhuwah fillah,,. cari yang ALLAH redha.. :)
Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.
Be a best friend before u find a best friend :)

Saturday 27 August 2011

Ingat ALLAH :)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

lagi 2 hari!! cepat!!

pejam celik, pejam celik.... da masuk 28 Ramadhan...
lagi dua hari ja lagi...
tiada lagi solat tarawih.. tiada lagi iftar jamaie
tiada lagi sahur jamaie... tiada lagi puasa wajib....
tiada lagi bonus pahala...
tapi knap manusia khususnya orang MELAYU ni lbih skakan syawal??
bila msuk Ramadhan ja, yg depa fikir"nk raya dah!"
sbb pahala Ramadhan xboleh nmpak... raya? baju baru.. smua baru... smua boleh nmpak..
tp sbnarnya kita xboleh just tgk dgn mata kasar.. lihatlah dgn mata hati...
pandang dgn rasa mcm kita dapat apa yg kita nk spanjang kita hidup..
INSYAALLAH.. kita akan terasa yg Ramadhan dah NAK PERGI.. :"(
sabda nabi: Celakalah bagi sesiapa yg bila masuk Ramadhan, dia biarkannya berlalu begitu sahaja...
\semoga kita xtermasuk dlam golongan itu.. 
AMEEN.

Thursday 25 August 2011

tiada yang sempurna.. :')

Sumpah! tiada yg sempurna melainkan ALLAH....
kita akan rasa pedas bila kita tergigit cili tu.. xkira la secara suka rela atau paksa rela...
:") TQ ALLAH.. <3

Friday 12 August 2011

im still pending~



ok... msti ramai da tgk crita ni...
MJ xtgk lagi pon.. sbb tkut nk tgk...
apa bbrpa persoalan
apa makna IT ALL ENDS?
maknanya smuanya berakhir kan??
7.15 plak??
wak tu kat skolah, ada kwan sruh bkk quran surah ke 7, ayat 15...
7:15 terjemah :~ (ALLAH berfiman):'Benar, kamu termasuk yg dberi penangguhan waktu.'
mm... cm xfham sgt kan... ok cba tgk 7:14 plak..
(Iblis menjawab):'Berilah aku penangguhan waktu,sampai hari mereka dibangkitkan.'
makna ayat ini kat sini iblis dpat tangguh waktu smpai manusia di bangkitkan semula, slpas manusia dibangkitkan smula, habislah masa iblis...
IT ALL ENDS, dia nk ckap masa iblis da tamat ka??
tu soalan first
second :~ IT ALL ENDS tu sgt ada relate dgn 7.14 n 7:15... knapa gna ayat quran??
mm...
YES! im still pending..

Thursday 11 August 2011

syukur ALHAMDULILLAH

waheeda purdah

Waheeda juga kini sudah berpurdah . Syukur alhamdulillah dia sudah dapat menutup aurat dgn sempurna . Tahniah . Dan baru-baru ini Waheeda telah mengadakan ceramah agama di sebuah masjid . Walaupun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.

“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
“Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.
“Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.
“Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.
Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.
“Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT,” katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai

ALLAH KNOWS BEST.
mungkin nk mengubah ssuatu ke arah kebaikan agak pahit, namun ingatlah disebalik kepahitan itu ada kemanisan yg xterhingga... ALLUA'LAM.. :)

masa :)

al-waqtu kassaiff, fa inllam yaqtaqhu,qato'aka..

terjem surat Al-Asr :
103:1 : By Time,
103:2 : Indeed, mankind is in lost
103:3 : Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.
1 teka-teki yg dpat mnaikkan iman jikalau seseorang itu pikirkannya secara 360 drjahh..
benda apa yg pergi n xkan kembali?
ans~TIME
klau kita fikir2 balik, btapa pntingnya masa ni... cba byangkan seminit kita skrang xkan pernah kmbali sampai kiamat... MasyaALLAH...
ada 1 kisah swaktu MJ tumpang tidoq  rmah kwan..
n terdengar bualan antra dia dgn ayahnya:
"Semalam baca quran x?"
"x.."
"Ya ALLAH, mcam nma klau malam semalam malam lailatul qadar??
rugi x?"
tertusuk masuk dlam hati... sbb dri sndri pon xbca quran hari tu
sedih sangat, tpi nk buat mcmmna, nangis smpai airmata darah pon, semalam tu xkan dtang  balik.. kan?
selalu la alasan kita klau ada org ajak gi buat bnda faedah.. 
"Ala.. rileks aa.. esok ada lagi, bkan nya ada apa sgt aq xbgn tjud hri ni.."
kita xsdar, setiap hari,setiap jam,setiap minit,setiap detik... kematian sntiasa kejaq kita..
bkannya xtau bnda ni.. cma rsa dri muda n muda xmati...
so...
sma2lah kita gnakan RAMADAN ni semantap boleh"agi idup, agi ngelaban"
xda makna raya, klau Ramadhan kita tinggal cm tu sja...
sgt ruji...

Tuesday 26 July 2011

study2....

study... study.. blajar.. belajr...
ok.. tiap2 hari kita pergi skolah untk apa?
untk apa?
kalaulah kita tnya student2, jwpan depa mesti nk dkat sama...
'' pi skolah blajaq ah''...
tp sbnarnya kita smua pergi skolah bkan sbb nk blajar, bkan sbb nk menuntut ilmu ALLh, kita pegi skolah sbb?
sbb nk lulus UPSR, PMR, SPM
ini aim kita yg utama kan??
TAPI.. malangnya, kita tersalah aim.. 
ALLAH ada usya ka kita punya result SPM?
ingin sekali MJ kongsi wak2 MJ ikowt program ISK....
ISK(this is our history)Ini Sejarah Kita..
dlam prog tu, dia mencritakan smula kisah waktu sistem khalifah bangun n JATUH pada tahun 1924 di Turki..
akak tu critakan tntng tkoh2 ilmuan sprti IBNU SINA, IBNU QAYYUM, IBN RUSYD...
dan ramai lagi..
n dia tnya: '' untuk apa kamu dtang skolah blajar?''
n dia jawab: ''Untuk Umat ISLAM bangun, maju dan berusha untk bngkitkan smula sistem khalifah, yg menjdi rujukan masyarkat sedunia..
ALLAH berfirman bahwa ALLAH ingin jadikan manusia sbgai khalifah di muka bumi..
n Malaikat tanya adakah ENGKAU ingin jadikan manusia yg menumpah darah........
ALLAH berfirman: AKU mengetahui apa yang tdak kau ketahui...
jdi, MJ terpanggil di sni untuk kita tau hala tuju kita...
kita tahu why I have to tuntut ilmu???
so, when we got the right aim... we'll seriously targetting our aim...
all wat we have done, just for ALLAH...
our aim ialah unutk sebarkankan ISLAM all over the world..
INSYAALLAH.. HE knows BEST!

Friday 8 July 2011

silent.... shhh...

silent..... ? kat ppustakaan kah?
klau kita tnya org lain la:' untk apa ALLAH ciptakan mulut?"
"La.. untuk ckap la, klau x, xda la dijadikannya mulut.."
tnya la spa pon, jwpannya msti lebih kurang tu ja....
krang ni, kta cba pusing otak kta 360 darjah...
skrang aq nk tnya.. logik x klau ALLAH ciptakan mulut sbagai ujian.. ?
klau kita dok smbang2 la... adkah stiap kta2 yg kita kluarkan tu sentiasa mengingatkan org untuk sntiasa mengingati ALLAH?
aq boleh jamin x...
Sabda Nabi:" Fal yaqul khairan au liyasmut..."
maksudnya di sini... nak ckap anatara 2 plihan..1st: bnda baik.. 2nd: diam...
klau da xda bnda nk ckap tu, diam ja la...
tp kadang, klau kita asyik diam ja, msalah jgk....
org tnya xjwab... kita diam ada time2 dia...
ikan siakap ikan senohong
bnyk ckap bnyak bohong..
ALLAH nk uji, cmna kita mnggunakan nikmat mulut yg DIA pinjamkan itu....
nikmat bersuara.....
tp kita xsdar, disebalik nikmat2 tu, ada ujian2 nya....
jdi, kita muhasabah balik....
pegang pada hadith Nabi:" Fal yaqul khairan au liyasmut"
:)

akhlak.. ?

akhlak... adab....  sikap... perangai... n bnyak lagi lah tafsirannya..
kekadang, sedang kita asyik menjalani kehidupan yg sama tiap2 hari..
kita terleka... kita xprasan.. sbnarnya ada yg memerhati tindak tanduk kita....
pertuturan kita....
klau kita smbang dgn org tua, cra kita ckap lain... klau smbang dgn kwan2, jenis lain plak...
mmg la btol.. xkan la nk smbang dgn org tua2 cm smbang dgn kwan2... kan3?
tp, xspatutnyalah klau kita smbang dgn kwan2, kita boleh mencarut ssuka hati...
smbang bnda yg censert2......
smbang HU HA HU HA...
kita xsedar, ada yg memerhati, ada yg pasang telinga...
cm na kita, org islam, nk jdi dai', klau kita xtnjuk roll model yg baik untuk mad'u??
contoh la... ada sorang kafir ni nk tau mngenai islam.. n dia pon brsosial dgn org muslim...
sila tnya dri sndri : brminat lagi kah kafir tu klau dia tgk akhlak org muslim tu sndri???
90% TIDAK... sbb apa?? tpuk dada, tnya iman...
stiap kali mualaf yg dtmu ramah, dia akan ckap,"sya xkan ska Islam klau melihat pada org Islam tu sndri..
sya berminat sbb dahsyatnya Al-Quran..."
wahai umat Islam, klau la sorang kafir ni xjdi nk msuk Islam sbb truknya akhlak kita.....
ada x kita rasa bersalah??????? ada x kita rasa berdosa?????
sbb apa kita xterasa?? sbb kita bdoh sombong! dah ingat atas nama Islam tu, boleh senang2 ja nk msuk syurga...
Syurga itu indah... mesti la kna struggle nk capai dia....
xda hebatnya LANGSUNG, klau nk mencarut sana sini sesuka hati....
ada sekali tu, umi crita la pengalaman dia g dakwah ri tu...
bila umi tmu rmah sorng mak cik cina ni : "anty2, apa pndapat anty tntang islam?"
"oi yoo.. Islam jhat ooo....rempit sna sni... xtau mati oo..."
HA!! sat3... nk tnya, knap nma Islam yg tercmar????
pdahal bkan salah Islam.. salah muslim yg xberakhlak tu sndri...
so..... xkra kat mna kita brada.... ingat, kita msih lagi pijak bumi TUHAN...
malu la skit kat ALLAH...
:) we can make a change.. insyaALLAH... Ya ALLAH.. bantu lah hambaMu ini.... kami bertaubat YA RABB!
:)
your dress is ur address...

Thursday 7 July 2011

mmg menyakit hati kan?...

klau aku critakan yg sbnarnya...
mmg aq tau, kau akan mrah...
tp, ktahuilah... sbnarnya aku cma nk tnya 1 soalan yg agak penting la...
tp aku xbrani nk tnya sndri..
 aku mntak tlong 'somebody'..
sbb aq tkut aku trjbak lagi dlam bnda tu...
Ya ALLAH, ubatilah hatinya...
maaf....
:')

Friday 24 June 2011

kita brani kerana benar, boleh?

jangn kita pernah takut dgn mulut-mulut org...
biar apa yg org nk ckap...
mulut org.. apa2 sja depa boleh ckap...
tp ingat, 1 benda apabila trlpas xbleh trik dah.. iaitu kata2 kita...
biar brani krna kita bnar...
jgn nk salahkan diri yg sbnarnya kau x berslah...
ALLAH knows who r you.....
so... jgn smpai bnda baik pon kita takut nk buat..
sbb apa? sbb tkut dgn mlut org...
no3... dont let them controling u...
learn to lead, not just to be led..
:) 

Thursday 23 June 2011

jatuh ditimpa tangga?

Jumaat,17 JUN 2011...
kehidupan seperti biasa di ABBAZ.. :)
about 8.30 a.m.,trjga dri tdur[headache], tros pgi mandi...
bru lpas mndi ja... "OUCH!! sakit!!"
tetiba urat tengkok kejang.... kpala kna pusing knan ja.. kiri sakit..
agak sedih la.. tp xpa than lagi n tros msuk klas Ustaz Sayuti(dgq smbil kpla toleh knan.. HAHA)
yg nmpak mesti nk ajok... haish! sabaq ja la...
mla2 rsa cm sakit besa2 ja...
tpi lma2 jdi skit gla.. nk grak skit pon.. FUH! pedih..!
sbb xthan sgt, g rumah u.fadli dgn ikmal...
n tros g hospital ngan ustaz..
smpai ja sna.. kna tunggu turn plak...
Macam2 masalah la...
lma skit lpas tu.. smpai la turn 4hm@d..
lpas ckap kat doc sakit apa..
tetiba doc ckap:'saya nak kmu jujur nih, kamu ada ambik ubat apa2 dak?'
mla2 xfham.. pending.... jwab la:'ha?'
doc tnya lagi:'kamu ada ambil ubat2 yg xdbnarkan x? sbb klau kmu ckap, kmi boleh trus cri ubat untk kmu..'
OMG!! 4hm@d pon jwab la:'ubat cm dadah ka? HAHA na'uzubillah la doc... Demi ALLAH, saya xpnah sntuh pon..'
doc tnya lagi:'btol ka nih?'
agak bngang la.. jatuh ditimpa tangga.. =.=''
dah fedup sgt, 4hm@d pon wjab la:'ikut doc la nk prcya atau x.. yg pasti, saya x ambik!'
'ok2' jwab doc tuh..
pastu doc kta kna inject ni..
'kat mna?'
'kat mna lagi?'
'bontot?'
doc sengeh2,... kureng punya..
ttiba dia panggil nurse dia..
dia sruh nurse yg cucuk..
HA?! elok2 dia laki, knap sruh nurse prempuan...
4hm@d berkras jgak la sruh doc yg inject...
[perdebatan ana xsehebat A.Amir :( ]
'doc mna reti nak ccuk, xpa, bagi nurse je la yg ccuk..'
da gram sgt.. 4hm@d ckap dgn keadaan gelak:'cm na boleh jdi doc nih klau nk bagi injection pon xreti?'
snyap doc tu..
tp dia sruh jgk nurse yg buat...
last skali.. 4hm@d klah dbat dgn dia.. nurse yg cucuk.. hukhukhuk..
lpas balik tu..
4hm@d muhasabah balik la... bnyaknya la dosa2 aku smpai ALLAH bagi ujian yg berganda-ganda..
segera beristi'far... mungkin aku da smakin lpa kan ALLAH..
justeru itu DIA menegurku kembali..
:') Thanks ALLAH...[tp serius trsiksa!]


Thursday 9 June 2011

Alhamdulillah :)

^_^
tak tahu nk ckap cm na lagi..
sronok sgt nih!!
akhirnya awak mnang jugak..
berkat doa aku la tu
TAHNIAH!

Pahit Macam Madu ^_^

Al~kisah, tersbutlah kisah..
7,8&9 JUN 2011
4hm@d bantu jadi fasi dalam prog Kem Anak Permata Hatiku..
fuh! klau nak ikutkan.. mmg pnat gla..
xckup tdo.. pas2 kna lyan krenah bdak2 skolah rndah dowh!
yg mmg paling xthan.. 4hm@d ditujaskan untk ajaq kwad..
OMG!! aq mna reti nak ajaq..
harap ada pangkat ja.. HAHA...
n dgn klam kabut, bkk internat, serve tntng kwad KRS..
nasib, bole la nk berkunon skit dpan deorng.. :P
n waktu taaruf awal2 tu..
dlam group 4hm@d ada la dlam 6,7 org cm tu la...
ada la dua org nih.. snyap ja.... xnak bagi respon..
mm.. mgkin msih blom pcah tembok diantra deorng..
4hm@d pon bagi la prhatian lbih pda 2 org tuh..
minit dmi mnit.. jm dmi jam...
deorng pon jdi rpat dgn 4hm@d.
time tu rsa nikmat gla dpat happy2 dgn adik L.. sbb 4hm@d cma ad adik P..
xpa.. im trying to husnuzon dgn ALLAH :)
nma deorng brdua.. Asyraf n A'fif.. ^_^
n pjam celik.. pjam celik.. da habis prog..
wak2 nk kmas2 brang tu.. ttiba A'fif dtang n salam..
dia ckap la trima ksih tlong jga dia... klau ada Kem lagi, jgn lpa panggil dia..
wlaupon pnat.. tp 4hm@d dpat rsakan yg pahit tu henshin! mnjdi manis.. smanis madu..
InsyaALLAH..muhasabah dri kta balik..
adakah kita mnsyukuri nkmat yg ALLAH brikan.. wlau sesaat??
smoga 4hm@d masih bertenaga unuk mnjlankan kerja DAKWAH..
semata-mata mncari redha MU ya RAB..
mmg xsronk buat baek sorng2.. kan?
so.. sma2'menjadi remaja soleh wa MUSLEH'



Monday 6 June 2011

sanah helwah! ^_^

6 Jun1989
Lahirnya seorang bayi bernama Ruqaiyah Annamirah binti Mohamad Pisal
***
kalau ikutkan hati, nak sangat rai dengan kak long secara'live'
tp, apakan daya, kak long tinggal jauh di Surabaya..
yang dapat 4hm@d buat hanyalah ucapan dari fon dan FB...
doa 4hm@d, semoga klong menjadi wanita yg sentiasa bersederhana dan zuhud.. namun disisi Tuhan..
sangat istimewa..
doaku agar klong tabah menghadapi fitnah2 dan ujian2 yg dihadapi..
yg sentiasa melebihkan ALLAH dalam setiap pengaduan daripada manusia..
yg sentiasa terbuka hati untuk terima semua teguran dan pengajaran...
ameen ya rabbal a'lamiin..
akhir kata.. 4hm@d sayang kak long kerana ALLAH..
insyaALLAH.. :)

Saturday 4 June 2011

^_^

WISHING GUD LUCK FOR THE BALL PLAYER..
im here always pray for you all..
 credit to tiny 10.. ^_^

Thursday 2 June 2011

iman xdpat diwarisi..


ayah digelar ustaz...
bondaa digelar ustazah...
sangat brbangga dgn kedua ibu bapa yg diknali ramai...
rsa riak pon ada.. rasa bongkak pon ada...
dibsarkan dlm bi'ah solehah....
namun smkin bsar.. smakin mrasakan diri sudah aliim..
sedangkan glaran aliim tu hanya renjisan dri parents ja...
nasihat mula tidak diendah....
mrasakan smua org salah.. dia sja yg btol..
tgur org sana.. tgur org sini... mcm diri tu dah perfect sgt..
dlam tarbiyah, sopan ja..
luar, hanya cukup-cukup syarat ja...
atau kata mudah hipokrit...
bangga dipuji cantik..pantang dipuji..
knap jdi mcm tu?
sebab takBETOL2 mrasakan Tuhan itu maha mengetahui  isi hati hamba2NYA...
sudahlah.. cba salah dri skjap.. brhenti salahkan org laen..
muhasabah sebentar...
soleh sudahkah aku nak ckap org salah?
cba trima klau org bagi turan... cba fikir, knap org lain bagi kita tguran...
tgur.. msti la bnda btol.. klau xbtol,tu fitnah...
jgn biarkan hati kita mnjdi keras lagi hitam... tertutup pintu hati...
nauzubillah..
kita hanya nmpak muka kita dicermin.... cermin ibarat org lain yg mlihat dri kita..
dan mka kita ibarat salah dan btol kita..
kita xdpat mnilai dri kita.. sbb kita xAKAN nk slahkan dri kita.. walaupon kita bersalah..
jdi cba trima walau sikit, nasihat orang lain..
nabi bersabda: addinnu nasihah....
[agama itu nasihat]
insyaALLAH, kita sama2 kejar redhaNYA dan jannahNYA...
subhanaLLAH..
=)
[juga sbagai tazkirah untuk dri sndri..]

Monday 30 May 2011

DamBo =)

Dambo kata jangan beli M'C...
tgk2 je... klau ada org bli n dia bg kita mkan...
mkan je.. sbb bkan kita yg beli..
knap Dambo suruh boikot eh?
Sbb M'c mrupakan francais America...
so.. apa kna mngenanya kna boikot??
Sbb duit2 tu disumbangkan kepada Yahudi....
Yahudi ambik duit2 tu untuk bli snjata la... apa2 je la untuk serang Filistin...
kita xkesian ka kat depa? dlam Al-Quran,ALLAH kata sesungguhnya mumin itu BERSAUDARA...
jadi kita kat M'sia ni pon kna rsakan bhwa kita kna tolong saudra kita..
Alah! leceh la.. aq da xleh hidup tnpa M'c... breakfast kat M'c.. lunch pon kat M'c...
even dinner pon kat M'c[entah knyang ke x tuh..]
Cba kita tgk skeliling... bnyak lagikan grai2.... restoran2...
mkan saja la... ingat! kita mkan untuk hidup. bkan hidup untk makan!
ish! mna nak sma restoran lain dgn M'c..
Inilah pengorbnan kita.... kita xmampu nk ikot prang skali....mmg jauh skali la..
dgn kita than nafsu mkan M'c& KFC....  inilah sbnarnya pngorbnan kita...
ALLAH tu maha melihat... percayalah... ALLAH tahu isi hati hambaNYA..
insyaALLAH.. kita mhasabah dri kita balik..
mngkin dgn pngorbnan kita ni...
ALLAH meredhai kita,dunia dan akhirat....
SUBHANALLAH...
so, lead ur self.. not to be led.. =)



Sunday 29 May 2011

mana bukti kau cintakan aku?

'Eh, cantik juga dia tuh.. kan?'dalam hati ada taman.. HAHA
'try la chat ngan dia kat FB,ckap kat dia hang suka kat dia' bisikan syaitan brtopengkan manusia brnama kawan
aku pon 'on' ja la...
with foolery, i started chatting wit her.. n i knew she love me too..
sjak tu, brmulalah percintaan yg kupikir indah....
dlam 1 bulan kmi kapel... brita ni smpai kat telinga naqib usrah...
OMG!!! takut gila...
dan sampailah masa waktu kami nk usrah, naqib sja pikir tajuk 'kapel'
mula2 aku rsa xnak dgr apa yg cba dia smpaikan.. n dlam kumplan usrah aku tu.. dlam 5 org,sorang ja yg xkapel.. gla kot
ttiba naqib tnya aku..:'ha! *****, boleh x nk cinta?'
aku pon dgn foolerynya geleng...
lalu ditegur oleh naqib.. aku kmbali focus..
katanya:
'knap Tuhan bagi rasa sayang n suka, klau xboleh cinta?? abg pon cintakan 'somebody'..
tp apa yg abg buat.. abg sbar.. sbb abg tau bkan smpai waktunya lagi...
hidup kita panjang lagi.. lpas kita kat skolah, kita akn mlangkah ke U..
lpas U,kta krja plak.... waktu tu, rmai yg kita jmpa.. mngkin lbih elok dri yg dlu...
kita cintakan dia.. cm na kita nk tunjuk kita syg dia??
kita sama2 xbuat maksiat.. kita xchatting, kita xdating.. kita xkcau anak dara org...
kita cintakn dia dan kita xnak dia nnti trhumban dlam khinaan.. itulah bukti kita cintakan dia..'
ttiba,dtang keinsafan menusuk qalbii...
ku tundkkan wajah dan brmuhasabah sbentar....
OMG! wat had i done?
kata naqib lagi:
firman ALLAH: lelaki yg baek untk pompuan yg baik, jga sbaliknya..
n lpas tu aku pon ptus..[bkan sbb xcinta dah, nmun sbb aku cintakan dialah aku ptus...]
aku brpgang pda janji ALLAH: L yg baik untuk P yg baik....
baru aku sdar, slama ni aku dah trslah cara untk mnzahirkan rasa cinta..
thanks G0d for throwing me out of prob....
klau kita ada jodoh.. insyaALLAH kita brsma juga 1 hri nnti
:)

salah dia bukan kita!!

how about story again??
adalah satu hari,4hm@d dgn braninya tgur somebody[bukan ajnabi]
after that,'somebody' tu mrah balik... n dia ckap bla3..... mlas nk tulis
4hm@d pon hot la... n xnak ckap da dgn 'somebody'...taknak kwan...
MARAH SANGAT!
4hm@d pon crita la ksalahan'somebody' kat'someone'...
tp yg peliknya...'someone' x baking 4hm@d..
apa yg dia ckap??
* salahkan diri sendri sperti kita slahkan org laen.. n salahkan org laen mcm kita salahkan dri sndri*
4hm@d trdiam.... n muhasabah kmbali....
OMG!! sbnarnya ni slah 4hm@d...
4hm@d tgur dia tnpa tnya prkra sbnar yg happened....
4hm@d tgur dia mcm tgur kwan.. sdgkan dia 'somebody'...
4hm@d langsung xnak dgr alsan dia...
mmg dia salah, tp trimalah alsan dia...
tnpa fikir panjang,4hm@d xckap dah dgn dia....
waktu tu... trasa mnyesal sgt3....
4hm@d asyik nk slahkan dia... n asyik nk baking dri sndri...
kejam nya aku....
[somebody.. asiiiifff jiddan!]
we learn from our mistake...
insyaALLAH...
never forget the words:
'salahkan org lain mcm kita slahkan dri sndri.. n salahkan dri sndri mcm kita slahkan org lain..'
luv u more,sis