Berapa kalikah kita harus di ingatkan kemudian barulah kita beringat? Berapa banyakkah dosa yang kita akan lakukan sebelum kita bertaubat? Tidakkah kita takut akan azab seksa api neraka yang Allah janjikan di akhirat kelak? Manusia seharusnya takut dan menginsafi atas dosa-dosa yang mereka lakukan. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan atas setiap kesilapan yang dilakukan. Namun kenapakah kita tak pernah sedar akan semua ini. Sungguh apabila di akhirat kelak, tiada yang mampu menolong kita. Tiada yang mampu meringankan seksa atas dosa yang kita lakukan.
“Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.”
(QS35:18)
Atas sebab inilah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain. Berpesan-pesan sesama keluarga, sahabat, jiran tetangga dan sesama islam untuk sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(QS51:55)
Peringatan yang kita beri kepada sahabat-sahabat tidak mungkin akan di terima dalam sehari dua. Janganlah sedikit pun kita rasa jemu. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mampu beri petunjuk kepada orang yang dikasihinya kerana Allah lah sesungguhnya yang mampu memberi petunjuk dan hidayah kepada orang yang dikehendaki.
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam)”
(QS28:56)
Menjadi tanggungjawab kita juga untuk membantu sahabat-sahabat melakukan perkara-perkara kebaikan, berbuat amal dan menjauhi kemungkaran. Sedarkah kita kerapkali kita lebih membantu sahabat-sahabat dalam berbuat kemungkaran. Mungkin sedikit dan tanpa kita sedari langsung. Tapi ini realitinya.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(QS5:2)
Ingin ana bawa satu kisah yg menggerakkan hati ana untuk share tazkirah ni..
**
Pada satu pagi subuh, ana terjga sblum azan lagi, n trus bersihkan dri n g msuk masjid.. yg laen smua tdor lagi, dlam masjid cuma ada 3,4 org sahaja.. n azan subuh dilaungkan.. bilangan masih tdak bertambah.. tunggu lama slpas tu, ada senior dduk sblah ana ni dia tgur :
' Yang lain mana?'
"tidor lagi lah tu.."
'la! knap nta xkjut? klau nta bgn awal, tl0ng la kjut org lain... bla org lain pla bgn awal, deorang kjut nta pla.. jgn la hidup nafsi-nafsi.. klau cm tu nta solat la subuh sorang2..'
Mmg tersentak... n trus kluar masjid n kjut yg lain, satu blok ana kjutkan..
so? Lpas ni, jgn hidup nafsi-nafsi lagi!! "Addinu nasihah" :)

No comments:
Post a Comment