Friday 6 April 2012

Best Friends not till JanNaH BuT iN jAnNaH =)

aku buka Fb sekali lagi. Namun hampa. Tiada balasan darimu. Oh, mungkin sibuk barangkali, buasalah tahun depan nak SPM. Hati mula rasa risau dan gelisah. Fikiran kembali melayang jauh mengingatkan kembali peristiwa lama.
'Menyesal gila aku pindah sekolah!' hati mula mengeluh. Namun harusku terima hakikat, kerana aku yang buat pilihan ini. Aku fikir dengan hijrahnya aku ke daerah baru, sedikit sebanyak dapat memulihkan hatiku yang luka. Namun tekaanku salah. Malah lebih parah.
Fikiranku terus melayang, setahun yang lepas.Aku mengenalimu ketika MaBIT tahun lepas. Kita 'ditakdirkan' duduk sekumpulan. Mungkin sebelum ini aku tak berapa megenalimu mungkin kerana aku juniormu setahun. Namun itu bukan penghalang kan??
Aku cuba selidik perihalmu senyap-senyap. Entah kenapa, setiap program yang dianjurkan sekolah, sering menyatukan aku denganmu.[Ini bukanlah kisah jiwang, namun kisah sahabat..] Semakin lama, aku merasakan aku perlukan seseorang yang dapat membimbingku, yang mampu membawaku terus berjalan.. Malangnya, aku simpan hasrat ini . Entah sampai bila harus kupendam.
Aku selalu berdoa supaya ALLAH memilihmu sebagai sahabatku[Bukan niat di hati untk memilih kawan, namun sahabat yang benar2 sahabat harus dipilih..] Siang dan Malam ku memohon, menaruh segunung harapan. Namun ALLAH maha berkuasa mengatur segala. Aku pasrah, kuakur , aku redha dengan ketentuan Illahi. Namun harapanku masih utuh berdiri tanpa jemu..

Tibalah suatu hari,..'eh, surat apa dekat meja aku nih?' hati kecilku membebel. Ku buka lipatan kertas, mata mulai berkaca. Aku koyak kertas tersebut lalu buang ke dalam tong sampah. Geram, Kecewa! Hatiku kacau. mengapa ada saja org yang dengki dgn aku?![Isi kandungan surat itu, biarlah hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu...]
Namun aku tidak mengalah begitu saja, aku cuba untuk kerap berbual-bual dgnmu. Kadang kala bagai nak pecah otakku, memikirkan tajuk yang nak disembang. Hari demi hari, ku rasakan dirimu semakin menjauhi aku,[Entahlah, mungkin cuma perasaan aku barangkali?] aku inginkan jwapan..
Hari berlalu pantas tanpaku sedari,, aku tak mampu fokus dgn pelajran, mcm2 masalah harus ku fikirkan..Pelajaran lagi, layan perasaan lagi, kepimpinan lagi.
Aku sering mengadu pada ALLAH akan masalah yang aku hadapi..Tiap malam aku menangis mengemis kasih TUHAN..
 Keserabutan + Kesedihan + Kekecewaan telah memaksa aku bertindak melulu. Sambil berlari turun dari kelas pada pukul 1.30 pagi, aku bergegas mencari telefon awam.[memang rutin turun kelas lambat :P]
'Umi, abg tak tahan lagi.. Abg nak pindah esok juga..'sambil teresak-esak ku zahirkan hasrat yang terpendam sekian lama..'Abg, kenapa nih, bawa bersabar, ingat ALLAH.. istikharah dulu..'balas umi perlahan.
'Umi, i cant bear it anymore!' air mata bercucuran tanpa kawalan.'ok2, lusa abah datang ambil' .Talian diputuskan.
'Betulkah apa yang dah kau buat nih??' hati kecil menyoal.. Bertubi-tubi soalan muncul, adakah sebentar tadi realiti atau berangan yang menjadi tabiat aku?
Seusai solat Maghrib berjamaah di masjid keesokan harinya, aku duduk bertafakkur di sisi masjid.'Mungkin ini kali terakhir aku disini, entah bila pulak aku nak datang sini..' Sambil aku termenung, datang seorang senior (yang rapat dgnku)kepadaku,'dah paking barang?'(hanya dia sorang aku khabarkan peristiwa ini, yang lain dapat berita melalui mulut ke mlut..)
'Dah!' Jwabku spontan. 'Dah fikir habis2 ke?' Senyuman tawar lagi paksaan dizahirkan. Tiba2 kau datang mencelah, 'Tgk budak nih, nak pindah, tp ragu2 lagi, apa a!''Eh, nta nak pindah ka? Bajet ah.. HAHA' Kau ajukan soalan kepadaku.. 'Yup!' aku cuba menjadi org cool.. 'Bila?' 'esok.' 'HAHA, bohong a.. buat lawak bleh..' ... Ku biarkankau dalam keadaan tidak tahu.

tepat pukul 2 tgh hari keesokan harinya, kedengaran bunyi kereta honda di kawasan masjid.. Abah datang!! Ku segera memasukkan beg2 kedalam kereta dgn harapan tidak terserempak dgn kamu... Namun ALLAH mentakdirkan juga aku bersalaman dgnmu buat kali terakhir... mungkin ? ... Aku pulang dalam keadaan hujan dalam kereta.. Sedih untk meninggalkan tmpat yang menceritakan kpdku erti khidupan, bangkit jatuh seorang rijal.. ALLAHU akbar!

Kini yang termampu untukku adalah doa yang menjdi snjata mukmin...'Ya ALLAH, jikalau kami tidak ditakdirkan bersahabat di dunia, benarkanlah kami bersahabat di Syurga FirdausMU, YA RABB.'   AMEEN!
=')
p/s: xda kna mngena antra idop atau mati, just sharing the story

No comments:

Post a Comment