Saturday 7 April 2012

rahsia nama di IC =)

Aku membelek IC buat kesekian kalinya.. Mohammad Huzaifah Bin Mohamad Fisal. mm.. Huzaifah ? 'knap nama aku Huzaifah ek?' hati mula menyoal, terus menerus menyoal perkara yang sama. Aku inginkan jawapan !
'Abah, knap abah bagi Huzai nama Huzaifah ?' soalku inginkan jawpan.., 'mm.. tengok lah maksud.' jwab abah spontan sambil menyuap nasi ke mulut..

Dgn pantas, Google dibuka, puas mencari, akhirnya aku temui. Huzaifah Al-yaman merupakan sahabat rasulullah. Tiada makna perkataan Huzaifah, bukalah kamus mana pon, xditemui.. Agak keciiwah !

'Abah, xda maksud pon nama Huzai..' aku mengeluh.. 'Maksud nama xpenting, siapakah Huzaifah tu?'sambil tersenyum abah menjawab..

Sekali lagi, aku bkk google mencari.. Dan hasilnya =)


Satu kata2 HUzaifah Al-yaman yang suka aku kongsikan iaitu"siapa yang tidak mengenali kejahatan, dia tidak kenal kebaikan" :) sbnarnya, banyak lagi yang aku jumpa tentang Huzaifah ni.. cuma... malas nak tulis

adakah sifat2 sahabat tersebut ad pada driku? =( ALLAHu rabbi...

Ingin sekali diri ini membawa pembaca semua, berfikir, kita bermuhasabah sebentar, adakah layak kita memegang nama2 sahabat andai sifat2 mereka langsung habuk pun xda dalam diri kita... layakkah ?

Andai nama nya Zaid, adakah ada ciri2 Zaid Bin Harithah dalam diri ? Andai namanya Ammar, ada tak ciri2 Ammar Bin Yaasir dalam diri ? tepuk dada tanya iman ... Nama yang dipilih, adalah nama yang ALLAH akan panggil di akhirat kelak..

"NAMA" pembakar semangat ! =)

1 comment: